PENGALAMAN MANIS DI UNIVERSITY COLLEGE BESTARI :)

HELLO !!! 

jumpa lagi kita ye

saya harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...

terima kasih kerana masih sudi berkunjung di blog kami.

kali ni saya nak share tentang pengalaman manis semasa kami belajar disini...

untuk pengetahuan korang saya dan rakan-rakan suka jogging pada waktu petang di kawasan persekitaran kolej ni...

kitorang selalunya keluar dari kolej untuk berjogging ke kawasan kampung di sebelah, yelah alang-alang tu bolehlah menghirup udara segar dan berjalan di taman kampung tersebut...

kampung disana sangat cantik dan mempunyai tempat-tempat yang sesuai untuk outdoor hari wedding day nanti hahahah tu pun kalau terkahwin dengan orang kampung tu lah :D

okay nak dijadikan cerita, kolej kitorang ni memang ada sukan setiap tahun, sukan tu dikenali sebagai SUKBEST... ringkasan untuk sukan bestari sempena nama kolej kami yang tercinta ni la.

sepanjang kami menjadi student disini, kami tak pernah join pun SUKBEST ni... yela sebab segan dengan senior-senior kitorang... 

tapi untuk pertama kalinya kami join SUKBEST ni dalam pertandingan mini marathon sepanjang 5km.

dan...... first try pun dah menang siot ! hahahhaha dah jogging petang-petang tu takkan tak menang ish jatuh lah standard kitorang yang sado ni hehehe

haa ni gambar saya dengan partner blog saya ni... admin 1 dapat no 11 and admin 2 dapat no 18 hehehe segan lah ...


amacam ? okay tak ? 

haa dah menang tu takkan nak duduk diam je... kita join lagi satu hahaha

kali ni kita ber-Splash Run pulak... alahhh yang main debu warna-warni tu.

tapi yang ni jauh sikit, 7km... tapi untuk kitorang yang gagah perkasa ni apa la sangat 7km tu.. kacang je... baru je bukak kaki nak langkah eh eh dah sampai hahaha

ingatkan jalannya lurus menuju ke jalan yang benar tut tut jalannya menggunung dan berbukit bukau pulak adeh... 

berbongkok tiga jugak kitorang nak daki ... kalah nenek kebayan...

ingatkan satu je bukit... turun bukit ada lagi bukit... naik menunduk turun menyandar sampai haus kasut kitorang ni.

tapi Alhamdulillah selamat sampai dan dapat jugak no... tapi kali ni kitorang tak dapat naik pentas sebab no 1 hingga 10 je dapat naik.

kitorang ni pulak dapat no 13 dan 14 je... maklumlah main dengan bukit kitorang tak biashe hehehe

haa ni gambar dua orang takde tapi ramai tu adalah ...


nah pandai-pandai lah korang cari sendiri mana satu admin ye.

okay rasanya cukup la untuk kali ni

nanti admin share tentang cuti semester admin pulak ye

Assalamualaikum...

Comments

Popular posts from this blog

KEM WATANIAH DI LA HOT SPRING :D

Tips Dalam Meningkatkan Interaksi yang Berkesan

BIODATA ADMIN II