Posts

Tips Dalam Meningkatkan Interaksi yang Berkesan

Image
Menuntut ilmu itu bagai nelayan ke laut, makin ke tengah makin banyak hasilnya. Berikut adalah beberapa cadangan untuk menjadi penyampai yang berkesan :  1. Bersedia     Hendaklah jelas matlamat yang ingin di capai dari komunikasi anda dan jelas cara yang terbaik  untuk menyampaikan mesej. 2.  Pastikan Penerima Telah Bersedia       Pastikan penerima anda telah bersedia secara fizikal atau psikologi untuk menerima mesej anda. 3. Bersemuka ( eye-contact )     Bersemuka merupakan perhubungan mata yang menjadikan mesej yang disampaikan lebih jelas. 4. Gunakan Perkataan Atau Bahasa Yang Difahami  Bersama Dan Spesifik      Elakkan perkataan yang double-meaning, susah difahami dan pastikan jelas 'apa, bila, berapa, di mana, siapa, bagaimana? 5. Menunjukkan Apa Yang Dimaksudkan     Berikan contoh dan teladan bagi apa yang diperkatakan. 6. Ulangi Atau Tekan...

KEM WATANIAH DI LA HOT SPRING :D

Image
Assalamualaikum... bersua lagi kita... hehehe kali ni admin nak share pengalaman admin dengan partner semasa pergi ke kem wataniah di La Hot Spring di Besut, Terengganu. tapi sebelum tu nak bagitahu yang kitorang ni join wataniah untuk subjek ko-k kitorang sepanjang 3 semester. so dapat la pengalaman ala ala menjadi askar gitew... hahaha kitorang pergi ke kem tersebut selama 3 hari 2 malam... dekat sana ada kolam air panas tau tapi admin lebih suka mandi dekat air sejuk sebab dekat sana jugak ada air terjun...  sepanjang berada disana, banyak aktiviti yang kitorang lakukan seperti pertandingan memasak, berkawad, malam kebudayaan, aktiviti amal, sukaneka dan macam-macam lagilah. yang penting seronok and kitorang semua enjoy ! haa ni antara gambar yang admin belanja sikit... tak banyak pun. yang dekat atas tu gambar kitorang semua sedang berkawad. yang ni pulak admin dengan partner admin saja nak test camera elok ke tak hahahaha yang ni gambar...

PERCUTIAN SEMASA CUTI SEMESTER :D

Image
Assalamualaikum semua... apa khabar??? harap korang baik-baik saja ye.. okay. seperti yang saya janji sebelum ni... saya nak share pengalaman saya bercuti semasa cuti semester. sebenarnya, kitorang niat nak cari kerja... yela nak cari duit lebih untuk belanja masa bukak semester baru nanti... tak payah susah-susah mintak dengan parents kan hehehe tapi apakan daya... kita hanya mampu merancang... kebanyakan tempat yang saya mintak tu taknak pulak pekerja sambilan katanya... nak yang tetap adeh. dah bosan-bosan tu tak tahu nak buat apa kebetulan pulak kenalan masa sekolah dulu ajak berjalan ke rumah dia... dia tu tinggal di pulau ... Pulau Redang di Terengganu. dulu sebelum saya pergi saya bayangkan penduduk pulau tu macam orang yang tinggal dalam hutan tu tapi rupanya tak.. diorang maju sampaikan airport pon diorang ada kat pulau tu... dekat situ jugak ada banyak resort so senang la kalau korang nak pergi bercuti nanti... booking je. dekat situ jugak banyak aktivit...

PENGALAMAN MANIS DI UNIVERSITY COLLEGE BESTARI :)

Image
HELLO !!!  jumpa lagi kita ye saya harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera... terima kasih kerana masih sudi berkunjung di blog kami. kali ni saya nak share tentang pengalaman manis semasa kami belajar disini... untuk pengetahuan korang saya dan rakan-rakan suka jogging pada waktu petang di kawasan persekitaran kolej ni... kitorang selalunya keluar dari kolej untuk berjogging ke kawasan kampung di sebelah, yelah alang-alang tu bolehlah menghirup udara segar dan berjalan di taman kampung tersebut... kampung disana sangat cantik dan mempunyai tempat-tempat yang sesuai untuk outdoor hari wedding day nanti hahahah tu pun kalau terkahwin dengan orang kampung tu lah :D okay nak dijadikan cerita, kolej kitorang ni memang ada sukan setiap tahun, sukan tu dikenali sebagai SUKBEST... ringkasan untuk sukan bestari sempena nama kolej kami yang tercinta ni la. sepanjang kami menjadi student disini, kami tak pernah join pun SUKBEST ni... yela sebab segan dengan ...

BIODATA ADMIN II

HOLA!!! nama saya Norshafiqah Bt Jusoh...  anda semua boleh panggil saya admin 2 ya hehehe... saya partner kepada admin 1 so tujuan saya buat blog ni pun sama untuk menyiapkn assignment yang diberikan oleh pensyarah... walaupun kami tak ada pengalaman langsung tentang penulisan blog tapi kami enjoy! hahaha saya harap anda semua tak bosan ya untuk kunjungi blog kami. okay sebenarnya saya tak berniat pun untuk sambung pengajian dalam bidang kaunseling tetapi memandangkan saya dah dapat kos ini so saya terima jelah. sebenarnya selepas mendalami kos kaunseling ini, saya menjadi lebih berminat kerana dengan mempelajari kos tersebut, saya dapat mengenali diri sendiri dan orang lain. haa korang jangan salah faham tau, kaunseling ni sbenarnya bukan untuk orang yang bermasalah je seperti yang korang semua fikir tu. kaunseling ni juga untuk korang berkongsi apa-apa yang ingin dikongsikan dan termaktub dibawah akta kerahsiaan lagi so korang tak perlu nak risau tentang makcik...

BIODATA ADMIN I

HAI !!! selamat berkenalan ya... saya admin blog ini.. nama saya Noor Anati Amirah Bt Sapien dan berasal dari Terengganu (keropok lekor ye hahaha ) untuk pengetahuan anda semua, blog ini saya share dengan partner saya... jadi anda semua boleh panggil saya admin 1 ya... ops tujuan saya buat blog ini sebenarnya untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah saya untuk subjek Teknologi Maklumat... okay sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut, saya akan perkenalkan diri saya serba sedikit... saya student di University College Bestari di Setiu, Terengganu... saya juga merupakan student Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian disana... jadi untuk anda semua yang sedang mencari tempat untuk sambung belajar tu boleh lah cuba apply di website kolej tersebu t.  www.ucbestari.edu.my kolej ini sebenarnya berada di kawasan perkampungan so persekitarannya memang tenang dan nyaman...  jadi untuk sesiapa yang mencari ketenangan dan tidak gemarkan pe...