Tips Dalam Meningkatkan Interaksi yang Berkesan
Menuntut ilmu itu bagai nelayan ke laut, makin ke tengah makin banyak hasilnya.
- Berikut adalah beberapa cadangan untuk menjadi penyampai yang berkesan :
1. Bersedia
Hendaklah jelas matlamat yang ingin di capai dari komunikasi
anda dan jelas cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej.
2. Pastikan Penerima Telah Bersedia
Pastikan penerima anda telah bersedia secara fizikal atau
psikologi untuk menerima mesej anda.
3. Bersemuka ( eye-contact )
Bersemuka merupakan perhubungan mata yang menjadikan mesej
yang disampaikan lebih jelas.
4. Gunakan Perkataan Atau Bahasa Yang Difahami Bersama Dan Spesifik
Elakkan perkataan yang double-meaning, susah difahami dan
pastikan jelas 'apa, bila, berapa, di mana, siapa, bagaimana?
5. Menunjukkan Apa Yang Dimaksudkan
Berikan contoh dan teladan bagi apa yang diperkatakan.
6. Ulangi Atau Tekankan Perkara Yang Penting
Untuk lebih mudah diingati oleh penerima, penyampai mestilah
mengulangi perkara yang penting.
7. Gunakan Saluran Komunikasi Yang Betul
Elakkan saluran atau pengantaraan yang terlalu banyak dan
utamakan secara terus ( direct ) daripada in-direct.
8. Elakkan Atau Kurangkan Sebarang Gangguan
Elakkan sebarang kebisingan, suasana persekitaran, emosi
tidak tenteram dan lain-lain.
9. Beri Peluang
Untuk Penerima Bertanya Atau Meminta Penjelasan
Beri peluang untuk penerima bertanya atau meminta penjelasan
terutama bagi sesuatu mesej atau perkara yang baru jika penerima belum pernah
menerima mesej yang sama.
10. Buat Susulan
Selepas Menyampaikan Mesej
Uji atau periksa sama ada mesej anda telah diterima dengan
baik dan bertanya soalan atau meminta diulangi / ditunjukkan apa yang
difahami.
Comments
Post a Comment